| GALERI FOTO |
 |
-
Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah sebuah kereta, ketika pihak polis membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul ...
-
K.Muthu memakai topeng Anwar Ibrahim ketika menjadi perayu undi pada pilihanraya 2008 Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Menengah Bangsar. Gambar Yahaya Hashim (08-03-2008)
-
Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah pasukan polis di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
-
SELEBRITI Daphne Iking (kiri) dan adiknya, Michelle-Ann Iking, yang membantu kempen bapa mereka, berbual dengan pengundi di Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan, Sabah. - (08-03-08)
-
KUMPULAN penyokong PAS cuba menghalang kenderaan polis yang membawa anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, bagi membantu siasatan selepas berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang. - ...
|
 |
|
galeri foto  |
|
Pas cadang laksana hukum hudud di Kedah
10-03-2008
KOTA BAHARU: Kepimpinan PAS pusat berhasrat untuk melaksanakan sistem perundangan jenayah hudud di Kedah untuk dijadikan sebagai undang-undang negeri, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata perundangan yang akan dilaksanakan itu adalah mengikut Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 yang dicadangkan dikuatkuasakan di Kelantan.
“Kita akan laksanakan dalam kemampuan bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya.
Cadangan pelaksanaan perundangan hudud di Kelantan sebelum ini telah mencetuskan bantahan dan kontroversi kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ketika ditanya mengenai sama ada kerajaan negeri Kedah akan mengharamkan pusat hiburan yang berbaur maksiat termasuk penjualan arak, disko dan pusat perjudian, beliau berkata PAS akan mengadakan perbincangan dengan sekutunya DAP dan PKR mengenai perkara bersangkut dengan amalan agama dan budaya kaum bukan Islam serta penerimaannya.
Hadi juga berkata PAS pusat turut bersetuju untuk meminta kerajaan negeri Kedah supaya melantik dua Exco bukan Islam bagi menjaga kebajikan dan kepentingan orang bukan Islam di negeri itu.
Selain itu, katanya pakatan pembangkang juga akan bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam rancangan pembangunan yang telah dirancang seperti Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
"Kita akan sokong apa yang baik untuk rakyat termasuk rancangan pembangunan dan kita akan tolak perkara yang negatif untuk rakyat,” katanya. - Bernama
|