myMetro
HARI PILIHAN RAYA UMUM KE-12
Kotak Undi
Cari
senarai berita lagi...


BN tak harus terus usaha tawan Kelantan
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN), khususnya Umno seharusnya tidak lagi berusaha untuk menawan Kelantan setelah rakyat memuktamadkan keputusan mereka untuk terus bersama PAS buat kali kelima.

senarai berita lagi...

VIDEO TERKINI
Tidak akan memegang apa-apa jawatan -Sammy Vellu Mar 13, 2008, 09:25 AM
galeri video lagi...

GALERI FOTO
  •   Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah sebuah kereta, ketika pihak polis membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membantu siasatan setelah berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
    Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah sebuah kereta, ketika pihak polis membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul ...
  •   K.Muthu memakai topeng Anwar Ibrahim ketika menjadi perayu undi pada pilihanraya 2008 Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Menengah Bangsar. Gambar Yahaya Hashim (08-03-2008)
    K.Muthu memakai topeng Anwar Ibrahim ketika menjadi perayu undi pada pilihanraya 2008 Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Menengah Bangsar. Gambar Yahaya Hashim (08-03-2008)
  •   Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah pasukan polis di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
    Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah pasukan polis di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
  •   SELEBRITI Daphne Iking (kiri) dan adiknya, Michelle-Ann Iking, yang membantu kempen bapa mereka, berbual dengan pengundi di  Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan, Sabah. - (08-03-08)
    SELEBRITI Daphne Iking (kiri) dan adiknya, Michelle-Ann Iking, yang membantu kempen bapa mereka, berbual dengan pengundi di Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan, Sabah. - (08-03-08)
  •   KUMPULAN penyokong PAS cuba menghalang kenderaan polis yang membawa anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, bagi membantu siasatan selepas berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang. -  Gambar oleh Izhari Ariffin (08-03-08)
    KUMPULAN penyokong PAS cuba menghalang kenderaan polis yang membawa anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, bagi membantu siasatan selepas berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang. - ...
galeri foto lagi...

Tumbangnya nama besar



10-03-2008

KUALA LUMPUR: Tsunami politik yang melanda Pilihan Raya Umum ke-12, kelmarin menyaksikan beberapa calon pilihan yang menyandang jawatan ketua menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen tewas dengan majoriti besar di tangan ‘giant killer’.

Bagi pemerhati politik, keputusan mengejutkan itu bakal mengubah senario politik negara selain menampilkan wajah baru dalam barisan Kabinet yang akan dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang tumbang di tangan pembangkang termasuk Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang tewas di Parlimen Batu Kawan kepada calon DAP, Prof Dr P Ramasamy dengan majoriti 9,485 undi.

Dr Koh yang sebelum ini menyandang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui sukar untuknya mempercayai keputusan itu, namun menghormati pilihan rakyat yang sudah membuat keputusan memilih parti lain memerintah negeri itu kali ini.

Kemenangan DAP di Pulau Mutiara itu mengulangi kejayaan Gerakan pada 1969 yang ketika itu parti pembangkang menumbangkan Perikatan. Gerakan kemudian menyertai BN.

Bagi Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang mengimpikan kemenangan pada 8 Mac sebagai hadiah hari jadinya, terpaksa menyambutnya dalam kesedihan apabila gagal mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Siput.

Beliau kalah kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Michael Jeyakumar Devaraj dengan perbezaan 1,821 undi.

Menteri paling kanan dalam Kabinet itu memperoleh 14,637 undi, manakala Dr Jeyakumar, anggota Parti Sosialis Malaysia yang belum didaftarkan, mendapat 16,458 undi.

Nasib sama menimpa Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin yang kecundang di Parlimen Sungai Petani, Kedah di tangan calon PKR, Johari Abdul.

Johari menang dengan majoriti 9,381 undi selepas mendapat 33,822 undi, berbanding Zainuddin yang meraih 24,441 undi.

Satu lagi kejutan ialah kekalahan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Parlimen Lembah Pantai.

Shahrizat yang menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 12 tahun lalu, tewas kepada Nurul Izzah, anak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan 2,895 undi majoriti.

Beliau yang sebelum ini yakin akan terpilih semula selepas berusaha keras membangunkan kawasan berkenaan terpaksa akur dengan badai PKR di Lembah Pantai.

Kekalahan besar turut dirasai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Aziz Shamsuddin yang sebelum ini berharap rekod khidmat cemerlangnya di Shah Alam, Selangor akan dinilai penduduk.

Beliau tewas dengan majoriti 9,314 di tangan calon Pas, Khalid Abd Samad.

Sementara itu, 12 timbalan menteri yang tumbang termasuk Datuk Seri Chia Kwang Chye di Parlimen Bukit Bendera, Datuk M Kayveas (Taiping), Datuk Tan Chai Ho (Bandar Tun Razak), Datuk G Palanivel (Hulu Selangor), Datuk Zainal Abidin Zin (Bagan Serai) dan Datuk Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan)

Enam lagi ialah Datuk Fu Ah Kiow (Kuantan), Datuk S Sothinathan (Teluk Kemang), Datuk Mah Siew Keong (Teluk Intan), Datuk Dr Awang Adek Husin (Bachok), Datuk Zainal Abidin Osman (Nibong Tebal) dan Datuk Abdul Rahman Suliman (Parit Buntar).

Empat setiausaha parlimen yang tewas ialah Datuk Sazmi Miah (Machang Bubuk), Datuk Abdul Rahman Ibrahim (Pokok Sena) dan Datuk Paduka Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara).