myMetro
HARI PILIHAN RAYA UMUM KE-12
Kotak Undi
Cari
senarai berita lagi...


BN tak harus terus usaha tawan Kelantan
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN), khususnya Umno seharusnya tidak lagi berusaha untuk menawan Kelantan setelah rakyat memuktamadkan keputusan mereka untuk terus bersama PAS buat kali kelima.

senarai berita lagi...

VIDEO TERKINI
Tidak akan memegang apa-apa jawatan -Sammy Vellu Mar 13, 2008, 09:25 AM
galeri video lagi...

GALERI FOTO
  •   Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah sebuah kereta, ketika pihak polis membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membantu siasatan setelah berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
    Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah sebuah kereta, ketika pihak polis membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul ...
  •   K.Muthu memakai topeng Anwar Ibrahim ketika menjadi perayu undi pada pilihanraya 2008 Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Menengah Bangsar. Gambar Yahaya Hashim (08-03-2008)
    K.Muthu memakai topeng Anwar Ibrahim ketika menjadi perayu undi pada pilihanraya 2008 Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Menengah Bangsar. Gambar Yahaya Hashim (08-03-2008)
  •   Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah pasukan polis di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
    Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah pasukan polis di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
  •   SELEBRITI Daphne Iking (kiri) dan adiknya, Michelle-Ann Iking, yang membantu kempen bapa mereka, berbual dengan pengundi di  Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan, Sabah. - (08-03-08)
    SELEBRITI Daphne Iking (kiri) dan adiknya, Michelle-Ann Iking, yang membantu kempen bapa mereka, berbual dengan pengundi di Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan, Sabah. - (08-03-08)
  •   KUMPULAN penyokong PAS cuba menghalang kenderaan polis yang membawa anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, bagi membantu siasatan selepas berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang. -  Gambar oleh Izhari Ariffin (08-03-08)
    KUMPULAN penyokong PAS cuba menghalang kenderaan polis yang membawa anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, bagi membantu siasatan selepas berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang. - ...
galeri foto lagi...

Polis Perak beri amaran jangan sertai perhimpunan di istana



13-03-2008





IPOH: Polis Perak hari ini memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyeru “orang Melayu” berhimpun di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang ini bagi membantah DAP.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyertai perhimpunan berkenaan kerana tiada sebarang permit atau permohonan diluluskan bagi perhimpunan berkenaan.

Beliau berkata mana-mana individu atau pertubuhan yang menganjurkan perhimpunan berkenaan akan dikenakan tindakan.

“Polis akan mengambil tindakan ke atas mereka yang mengadakan perhimpunan di mana juga kerana ia akan mendatangkan keadaan yang tidak baik,” katanya.

Beliau mengulasSMS yang menyeru orang Melayu menyertai perhimpunan raksasa di Istana Iskandariah bagi menyatakan bantahan terhadap DAP ’kerana mencabar ketuanan Melayu’.

Zulkefli berkata mereka yang menyebar SMS tersebut juga akan diambil tindakan.

Istiadat angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10 dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah pada jam 4 petang ini.

Sejak selesai pilihan raya umum Sabtu lalu, sekarang, Zulkefli berkata tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku di Perak dan orang ramai menjalankan kegiatan harian mereka seperti biasa.

Anggota polis juga seperti biasa menjalankan rondaan di seluruh negeri dan hanya berkawal di kawasan kediaman Menteri Besar dan Bangunan Perak Darul Ridzuan sehingga kerajaan baru dibentuk. - Bernama