| GALERI FOTO |
 |
-
Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah sebuah kereta, ketika pihak polis membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul ...
-
K.Muthu memakai topeng Anwar Ibrahim ketika menjadi perayu undi pada pilihanraya 2008 Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Menengah Bangsar. Gambar Yahaya Hashim (08-03-2008)
-
Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah pasukan polis di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
-
SELEBRITI Daphne Iking (kiri) dan adiknya, Michelle-Ann Iking, yang membantu kempen bapa mereka, berbual dengan pengundi di Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan, Sabah. - (08-03-08)
-
KUMPULAN penyokong PAS cuba menghalang kenderaan polis yang membawa anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, bagi membantu siasatan selepas berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang. - ...
|
 |
|
galeri foto  |
|
Letak calon muda
Oleh Kamarulzaman Pid
amar@hmetro.com.my
25-02-2008
543 muka baru bertanding rebut kerusi DUN, Parlimen
KUALA LUMPUR: Seramai 1,109 calon bertanding di 505 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 479 calon berentap di 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) kali ini.
Seramai 543 muka baru, termasuk 42 calon muda berusia bawah 40 tahun ditampilkan parti yang bertanding.
Daripada jumlah itu, BN meletakkan 19 calon, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula masing-masing menampilkan sembilan calon manakala Pas memberi laluan kepada lima calon.
Calon termuda pada pilihan raya umum kali ini Ginnie Lim Siew Lin, 26, dari PKR yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Melaka, menentang penyandang, Lai Meng Chong dari BN.
PKR juga mempertaruhkan seorang lagi calon muda, iaitu anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, 27, di Parlimen Lembah Pantai bagi mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
BN turut mempertaruhkan calon muda dengan Dr Asyraf Wajdi Dusuki, 31, di Parlimen Tumpat, Kelantan, menentang calon Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar, yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu.
Pas pula menampilkan Kamaruzzaman Abdullah, 31, di kerusi Parlimen Hulu Terengganu bagi bersaing dengan Mohd Nor Othman dari BN,
Bagi DUN Chennah, Negeri Sembilan, DAP memberi kepercayaan kepada How Wee Shiong, 27, untuk berdepan Siow Shen Tin dari BN.
Bagi calon baru pula, BN yang mempunyai 14 parti komponen menampilkan 235 muka baru dengan Umno sebagai parti komponen terbesar, memberi kepercayaan kepada 158 muka baru, MCA (53), MIC (14) dan Gerakan pula 11 muka baru.
Pada pilihan raya umum kali ini, BN menerima lonjakan semangat apabila menang di tujuh kerusi Parlimen tanpa bertanding.
Kemenangan itu dicapai di kerusi Parlimen Pengerang, Johor, yang ditandingi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Enam lagi kerusi Parlimen yang dimenangi BN tanpa bertanding ialah Tanjung Manis, Kanowit, Selangau dan Kapit di Sarawak dan Kalabakan serta Pensiangan di Sabah.
BN turut meraih kemenangan percuma di dua kerusi DUN menerusi calonnya di DUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil, dan Datuk Ramlee Marhaban di DUN Bugaya, Sabah.
Pas turut memperolehi kerusi percuma di DUN Kijang apabila calonnya, Wan Ubaidah Omar, diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas calon BN, Mustopha Ahmed, ditolak kertas pencalonannya kerana muflis.
Seramai 10,922,139 pemilih layak mengundi pada 8 Mac depan.
|