myMetro
HARI PILIHAN RAYA UMUM KE-12
Kotak Undi
Cari
senarai berita lagi...


BN tak harus terus usaha tawan Kelantan
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN), khususnya Umno seharusnya tidak lagi berusaha untuk menawan Kelantan setelah rakyat memuktamadkan keputusan mereka untuk terus bersama PAS buat kali kelima.

senarai berita lagi...

VIDEO TERKINI
Tidak akan memegang apa-apa jawatan -Sammy Vellu Mar 13, 2008, 09:25 AM
galeri video lagi...

GALERI FOTO
  •   Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah sebuah kereta, ketika pihak polis membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membantu siasatan setelah berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
    Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah sebuah kereta, ketika pihak polis membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul ...
  •   K.Muthu memakai topeng Anwar Ibrahim ketika menjadi perayu undi pada pilihanraya 2008 Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Menengah Bangsar. Gambar Yahaya Hashim (08-03-2008)
    K.Muthu memakai topeng Anwar Ibrahim ketika menjadi perayu undi pada pilihanraya 2008 Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Menengah Bangsar. Gambar Yahaya Hashim (08-03-2008)
  •   Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah pasukan polis di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
    Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah pasukan polis di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
  •   SELEBRITI Daphne Iking (kiri) dan adiknya, Michelle-Ann Iking, yang membantu kempen bapa mereka, berbual dengan pengundi di  Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan, Sabah. - (08-03-08)
    SELEBRITI Daphne Iking (kiri) dan adiknya, Michelle-Ann Iking, yang membantu kempen bapa mereka, berbual dengan pengundi di Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan, Sabah. - (08-03-08)
  •   KUMPULAN penyokong PAS cuba menghalang kenderaan polis yang membawa anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, bagi membantu siasatan selepas berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang. -  Gambar oleh Izhari Ariffin (08-03-08)
    KUMPULAN penyokong PAS cuba menghalang kenderaan polis yang membawa anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, bagi membantu siasatan selepas berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang. - ...
galeri foto lagi...

Majlis angkat sumpah, perlantikan exco ditunda



10-03-2008

KUALA TERENGGANU: Majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu dan pelantikan Exco-exco kerajaan negeri yang dijadual berlangsung di Istana Maziah di sini pagi ini dibatal pada saat-saat akhir.

Pembatalan majlis itu diumum oleh Datuk Bentara Luar Datuk Omar Pilus kira-kira pukul 8.55 pagi dengan memaklumkan majlis mengangkat sumpah itu telah ditangguh sehingga ke suatu masa yang ditetapkan kemudian.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata upacara itu terpaksa ditunda pada saat-saat akhir kerana Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh masih berada di Kuala Lumpur.

“Pada awalnya beliau (Idris) dijadual pulang ke Kuala Terenganu malam tadi, tapi tidak dapat berbuat demikian di saat-saat akhir,” katanya ketika ditemui pemberita di Istana Maziah di sini hari ini.

Beliau berkata maklumat mengenai penundaan majlis itu hanya diketahui lewat malam dan tidak sempat dimaklum kepada semua yang terlibat.

Lebih 150 anggota wakil rakyat serta bekas wakil rakyat, dan ketua jabatan hadir di Istana Maziah pagi ini bagi menghadiri upacara itu. Turut kelihatan beberapa bekas exco kerajaan negeri seperti Rosol, Datuk Ahmad Said, Datuk Din Adam dan Datuk Mohamed Awang Tera.

Rosol berkata tarikh baru majlis mengangkat sumpah itu akan ditentukan kemudian dan dijangka diadakan dalam jangka masa terdekat. - Bernama