myMetro
HARI PILIHAN RAYA UMUM KE-12
Kotak Undi
Cari
senarai berita lagi...


BN tak harus terus usaha tawan Kelantan
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN), khususnya Umno seharusnya tidak lagi berusaha untuk menawan Kelantan setelah rakyat memuktamadkan keputusan mereka untuk terus bersama PAS buat kali kelima.

senarai berita lagi...

VIDEO TERKINI
Tidak akan memegang apa-apa jawatan -Sammy Vellu Mar 13, 2008, 09:25 AM
galeri video lagi...

GALERI FOTO
  •   Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah sebuah kereta, ketika pihak polis membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membantu siasatan setelah berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
    Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah sebuah kereta, ketika pihak polis membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul ...
  •   K.Muthu memakai topeng Anwar Ibrahim ketika menjadi perayu undi pada pilihanraya 2008 Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Menengah Bangsar. Gambar Yahaya Hashim (08-03-2008)
    K.Muthu memakai topeng Anwar Ibrahim ketika menjadi perayu undi pada pilihanraya 2008 Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Menengah Bangsar. Gambar Yahaya Hashim (08-03-2008)
  •   Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah pasukan polis di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
    Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah pasukan polis di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
  •   SELEBRITI Daphne Iking (kiri) dan adiknya, Michelle-Ann Iking, yang membantu kempen bapa mereka, berbual dengan pengundi di  Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan, Sabah. - (08-03-08)
    SELEBRITI Daphne Iking (kiri) dan adiknya, Michelle-Ann Iking, yang membantu kempen bapa mereka, berbual dengan pengundi di Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan, Sabah. - (08-03-08)
  •   KUMPULAN penyokong PAS cuba menghalang kenderaan polis yang membawa anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, bagi membantu siasatan selepas berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang. -  Gambar oleh Izhari Ariffin (08-03-08)
    KUMPULAN penyokong PAS cuba menghalang kenderaan polis yang membawa anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, bagi membantu siasatan selepas berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang. - ...
galeri foto lagi...

DAP mohon maaf bantah perlantikan MB Perak



13-03-2008

KUALA LUMPUR: DAP memohon maaf atas kenyataannya semalam bahawa Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu membantah pelantikan setiausaha perhubungan PAS Perak Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

“Kenyataan tiga perenggan saya pada jam 7 malam tadi bahawa mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat DAP pada 9 Mac tidak memberi kelulusan bagi seorang Menteri Besar PAS mengetuai kerajaan campuran negeri Perak bukan dibuat kerana tidak menghormati Pemangku Raja Perak yang saya sentiasa beri sanjungan tertinggi, dan saya memohon maaf jika menyebabkan tersinggung perasaan,” kata penasihat parti itu Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kenyataan semalam dibuat berdasarkan kedudukan DAP pada ketika itu.

“Terdapat rundingan dan perkembangan selanjutnya mengenai perkara itu beberapa jam selepas kenyataan tersebut.

“Kenyataan mengenai kedudukan terbaru akan dibuat,” kata beliau.

Malam tadi, Lim, yang juga MP bagi Ipoh Timur berkata parti itu terkejut dengan keputusan itu (pelantikan MB).

Beliau berkata CEC DAP memberikan kelulusannya bagi pembentukan kerajaan campuran negeri Perak diketuai oleh DAP atau PKR tetapi bukan PAS.

Berikutan keputusan itu, Lim mengarahkan semua 18 anggota Dewan Undangan Negerinya memulaukan majlis angkat sumpah hari ini. - Bernama