myMetro
HARI PILIHAN RAYA UMUM KE-12
Kotak Undi
Cari
senarai berita lagi...


BN tak harus terus usaha tawan Kelantan
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN), khususnya Umno seharusnya tidak lagi berusaha untuk menawan Kelantan setelah rakyat memuktamadkan keputusan mereka untuk terus bersama PAS buat kali kelima.

senarai berita lagi...

VIDEO TERKINI
Tidak akan memegang apa-apa jawatan -Sammy Vellu Mar 13, 2008, 09:25 AM
galeri video lagi...

GALERI FOTO
  •   Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah sebuah kereta, ketika pihak polis membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membantu siasatan setelah berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
    Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah sebuah kereta, ketika pihak polis membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul ...
  •   K.Muthu memakai topeng Anwar Ibrahim ketika menjadi perayu undi pada pilihanraya 2008 Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Menengah Bangsar. Gambar Yahaya Hashim (08-03-2008)
    K.Muthu memakai topeng Anwar Ibrahim ketika menjadi perayu undi pada pilihanraya 2008 Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Menengah Bangsar. Gambar Yahaya Hashim (08-03-2008)
  •   Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah pasukan polis di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
    Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah pasukan polis di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
  •   SELEBRITI Daphne Iking (kiri) dan adiknya, Michelle-Ann Iking, yang membantu kempen bapa mereka, berbual dengan pengundi di  Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan, Sabah. - (08-03-08)
    SELEBRITI Daphne Iking (kiri) dan adiknya, Michelle-Ann Iking, yang membantu kempen bapa mereka, berbual dengan pengundi di Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan, Sabah. - (08-03-08)
  •   KUMPULAN penyokong PAS cuba menghalang kenderaan polis yang membawa anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, bagi membantu siasatan selepas berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang. -  Gambar oleh Izhari Ariffin (08-03-08)
    KUMPULAN penyokong PAS cuba menghalang kenderaan polis yang membawa anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, bagi membantu siasatan selepas berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang. - ...
galeri foto lagi...

Guan Eng umum Exco Pulau Pinang



13-03-2008

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini mengumumkan memegang portfolio pembangunan industri dan perdagangan antarabangsa, hal ehwal tanah dan pembangunan tanah dalam kabinet negeri.

Timbalan Ketua Menteri pertama Mohammad Fairus Khairuddin pula bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama, pembangunan keusahawanan dan koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat.

Timbalan Ketua Menteri kedua, Dr P Ramasamy, bertanggungjawab mengenai perancangan ekonomi negeri, pendidikan dan sumber manusia, sains, teknologi dan innovasi, kata Lim dalam kenyataan akhbar selepas majlis angkat sumpah dua timbalan ketua menteri dan lapan anggota Exco negeri di sini.

Mereka mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang.

Anggota Exco Chow Kon Yeow yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Padang Kota dipertanggungjawabkan memegang portfolio kerajaan tempatan, pengurusan lalulintas dan alam sekitar.

Adun Bagan Jermal Lim Hock Seng pula merupakan anggota Exco bagi Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air dan Telekom) serta Pengangkutan (Udara, Laut dan Keretapi).

Adun Bukit Tambun Law Heng Kiang bertanggungjawab bagi Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, dan anggota Exco Phee Boon Poh pula memegang portfolio Kesihatan dan Kebajikan, dan Masyarakat Penyayang.

Adun Air Itam Wong Hon Wai bertanggungjawab bagi Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa manakala satu-satunya anggota Exco wanita, Adun Berapit Ong Kok Foi, memegang portfolio Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.

Sementara itu wakil PKR, Adun Batu Maung Abdul Malik Kassim menjadi anggota Exco bagi Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Adun Bukit Tambun Law Choo Kiang merupakan anggota Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembanguan Luar Bandar dan Tebatan Banjir. - Bernama